Muncul Biji Sekitar Mata Adalah Satu Petanda Bahaya

Tanda-tanda tahap kolesterol tinggi dalam badan ialah munculnya biji bintil lemak di bahagian mata atau muka. Bintil lemak ini dikenali sebagai bintil kolesterol. Ada tak yang mengalami masalah ini? Cuba check muka sendiri? Mesti mencari cara untuk mengatasi dan menghilangkan bintik kolesterol yang mencacatkan rupa wajah.

 

Bintil Kolesterol di Mata Tanda Kolesterol Tinggi

Bintik kolestrol terjadi apabila terdapat lebihan lemak yang terbina di bawah kulit. Masalah kolesterol tinggi memang agak membimbangkan kerana banyak penyakit berpunca ari kolestol tinggi ini. Tak semestinya orang gemuk je ada masalah kolesterol tinggi ni. Ramai juga yang kurus dan selim melim mengalami masalah kolestrol jika cara pemakanan tidak dijaga.

Cara mengukur kadar kolesterol

  • NORMAL – jika kolesterol kurang atau sama dengan 200 mg/dL
  • SEDERHANA TINGGI – kolesterol 200 – 239 mg/dL
  • BERBAHAYA – kolesterol 240 mg/dL

Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi

  • Sering kebas-kebas pada kaki
  • Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, muka dan bahagian leher yang disebabkan kadar tringliserida yang tinggi
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
  • Sering berasa sakit
  • Arteri semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. (kaki merupakan bahagian paling sedikit mendapat darah)
  • Senak dada sbelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

7 Tips dan cara menghilangkan dan mencegah munculnya bintik kolesterol

  1. Kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol
  2. Amalkan makaan yang mengandungi kolesterol baik iaitu HDL dan tinggalkan kolesterol jahat LDL. Makanan yang tingkatkan paras HDL adalah seperti gandum penuh. Kalau suka makan roti amalkan wholemeal bread berbanding roti putih.
  3. Jauhkan dari amalkan makanan yang boleh tingkatkan kolesterol jahat LDL seperti daging, marjerin dan dessert yang manis-manis.
  4. Banyakkan makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran kerana ia boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan kerana kandungan fiber. Digalakkan ambil buah segar dan jus buahan tanpa campuran gula.
  5. Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, olive oil. Pengambilan yang teratur untuk membantu turunklan paras kolesterol.
  6. Tingkatkan pengambilan Omega 3. Contoh paling senang, Ikan. Tingkatkan pengambilan ikan. Ikan yang katanya Omega 3 tinggi ialah ikan keli. Ikan laut pun boleh. Cuma risaukan logam2 berat yang terdapat pada sisik ikan pulak nanti.
  7. Lebihkan bawang putih dalam masakan kerana bawang putih terkenal sebagai anti-radang serta antibiotik semulajadi. Apabila badan kita tinggi kandungan kolestrol, badan akan mudah mempunyai radang.
Dengan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan bintik kolestrol akan juga menyurut. Jika anda ada masalah bintik kolestrol yang rasa malu dengan kemunculan cela di bahagian mata serta risaukan tahap kesihatan anda anda harus kawal kadar kolesterol anda.
Ataupun boleh mengamalkan pengambilan makanan tambahan iaitu Omega Guard dan garlic Complex untuk merendahkan tahap kolesterol anda seperti yang saya kongsikan dalam entry lepas.

 

4 comments for “Muncul Biji Sekitar Mata Adalah Satu Petanda Bahaya

  1. April 22, 2015 at 12:23

    kolesterol ni biasanya orang anggap mereka yang berat badan berlebihan je berisiko, tapi yang kurus pun boleh kena jugak kan

  2. December 10, 2015 at 15:45

    dulu saya pun ada byk bijik2 kolestrol kat area hidung n tulang pipi, tapi sejak konsisten dgn lecithin, alhamdulillah dah ilang….
    BALQISY BAKLEE recently posted…Kenapa Perlu Makan Lecithin….My Profile

    • December 15, 2015 at 11:06

      Alhamdulillah Cik/Puan Balqisy.. Penggunaan scara berterusan mampu elak bintil muncul kembali

  3. Ayu
    January 31, 2017 at 10:36

    If jaga kandungan kolesterol, bintik2 tu akan hilang ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge