Rawatan Terbaik Merawat Impetigo / Kudis Api Dengan Vivix

Saya pernah kongsikan kisah anak sulung saya yang kena jangkitan kudis api atau impetigo. Rentetan dari perkongsian itu ramai ibu-ibu yang hubungi saya untuk dapatkan cara terbaik untuk merawat anak yang dijangkiti bakteria. Penyakit ini berjangkit dan jika tidak di rawat dengan segera dan akan ambil masa lebih lama untuk pulih jika lewat bertindak. Saya dulu agak serik juga bila doktor sahkan hadif kena Impetigo. Kesian hadif. Kena pula di bahagian hidung dan mulut. Agak susah sikit nak merawat dia sebab dia memang tak bagi kita sentuh bahagian yang kena jangkitan tu. Nak cuci dan sapu ubat pun dia tak bagi.

Punca Terjadinya Jangkitan Impetigo

Impetigo adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria. Kulit akan kelihatan lepuh-lepuhan kecil yang berisi nanah. Selalu menyerang kanak-kanak terutama di bahagian muka sekitar hidung dan mulut dan kadang-kadang pada tangan atau kaki.

Punca utama Impetigo ialah disebabkan bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus. Bakteria ini tersembunyi dan mudah untuk menjangkiti kanak-kanak yang mengalami luka terbuka. Jika memang ada masalah kulit seperti EKZEMA, gigitan serangga atau kulat membuatkan mereka lebih terdedah untuk mendapat jangkitan Impetigo.

Ya… hadif memang ada Ekzema. sebab itu dia mudah sangat nak berjangkit…
Kebanyakan jangkitan ini merebak melalui sentuhan fizikal dengan seseorang yang telah dijangkiti. Tambahan kalau di Taska mereka sering berkongsi mainan dan barang lain. Juga senang berjangkit kalau berkongsi tempat tidur, tuala atau pakaian.

Bagaimana untuk Mengelakkan dari Merebak?

  1. Pastikan Kuku Anak Sentiasa Pendek.
  2. Jangan benarkan anak menggaru di kawasan jangkitan kerana boleh menyebakan luka berdarah dan merebak ke tempat lain di badan.
  3. Saya asingkan Hadif dan Hannah. Elakkan mereka bermain bersama-sama untuk elakkan berjangkit.
    Tidak berkongsi pakaian, tuala, peralatan permainan dengan kanak-kanak lain.
  4. Saya bersihkan barang mainan, tuala, pakaian serta cadar Hadif menggunakan air panas dan sabun anti bakteria dan semestinya menggunakan pencuci serbaguna BASIC-H . Sebotol berharga RM 47. Tahan berbulan-bulan lamanya. Saya memang guna sabun ni untuk cuci mainan anak-anak setiap bulan. Lagipun sesuai untuk mengemop lantai jika anak korang masih kecik. Meniarap merayap atas lantai tanpa perlu nak risau part kebersihan.
  5. Kebersihan persekitaran/rumah mestilah sentiasa terjaga.

Bagaimana Vivix Bertindak Merawat Penyakit Impetigo

Selain dari ubat yang dibekalkan oleh doktor, mereka juga boleh mengambil suplemen yang boleh menyembuhkan luka impetigo itu seterusnya meningkatkan sistem imun badan pesakit impetigo. Vivix sangat sesuai diberikan kerana vivix merupakan agen antioksidan yang kuat dan boleh membantu penyembuhan penyakit impetigo ini. Vivix sesuai diambil oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas.

Vivix membantu menaikkan imun sistem dan memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak dan menggantikan dengan sel kulit yang baru. Jika anak refuse nak telan, boleh je sapu vivix di bahagian terlibat

Untuk pengetahuan korang, impetigo ni tak meninggalkan parut hodoh. Kalau tak memang dah tak hensem lah anak bujang mama.. hehe. Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini.

Jika anak-anak anda kena jangkitan ini boleh hubungi saya 019 351 1315 untuk mendapatkan Sabun Pencuci dan Krim serbaguna yang terbaik ni. Memang tak menyesal. Parut pun tiada.

3 comments for “Rawatan Terbaik Merawat Impetigo / Kudis Api Dengan Vivix

  1. August 6, 2016 at 22:18

    pertama kali dengar mengenai kudis api ni.kiranya i salah satu jenis ekzema la jugak kan
    apdm recently posted…Aplikasi Pangkalan Data Murid APDMMy Profile

    • August 9, 2016 at 10:58

      Kudis api ni satu jangkitan.. Senang berjangkit tambah2 lagi kalau anak ada ekzema.

  2. October 22, 2016 at 13:45

    firsttime dengar kudis api ni.
    saps recently posted…SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan PeperiksaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge